USD Memang Dah Naik Balik, Tapi …

419

Dagangan US dolar sedikit berubah pada awal sesi Asia, selepas mencatatkan kenaikan pada sesi Eropah dan New York semalam yang didorong oleh penurunan dalam pasaran saham AS.

Indeks utama AS ditutup rendah ketika sesi sebelum ini, terutamanya NASDAQ yang jatuh 0.92% dan saham Dow Jones menjunam 0.75% ke bawah paras 34,000.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun pula kembali susut pada 1.56%, selepas meningkat lebih 1.6% pada Selasa. Ini menyebabkan kenaikan US dolar terbatas di sekitar tahap terendah 7 minggu berbanding sekumpulan matawang utama.

Penurunan hasil bon AS, memberi peluang buat matawang yen Jepun untuk memaparkan prestasi terbaiknya ketika sesi sebelum ini dengan meningkat ke tahap tertinggi 6 minggu berbanding USD.

Sementara matawang euro pula kekal kukuh di atas harga 1.2000 walaupun sedikit merosot disebabkan kebangkitan US dolar. Beberapa dorongan untuk euro datang dari pengumuman bahawa Kesatuan Eropah (EU) memperoleh 100 juta dos tambahan vaksin Covid-19 yang dihasilkan oleh Pfizer.

Matawang pound pula menguat di sekitar harga 1.39470 berbanding USD, disokong oleh data pekerjaan UK yang memberangsangkan. Tumpuan pasaran kini tertumpu pada pengeluaran data inflasi pada awal sesi Eropah hari ini.

Bagaimanapun, malang buat matawang Asia, terutamanya dolar Aussie yang gagal mengekalkan pengukuhan, dengan jatuh lebih rendah dari paras ketinggian yang dicapainya pada Selasa.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat