USD Mengukuh, PCE AS Beri Petunjuk Kadar Faedah Naik Lagi!

338

Dagangan awal minggu melihatkan US dolar kekal mengukuh pada paras tertinggi dua bulan berbanding pesaing utamanya.

Jangkaan pasaran untuk kadar faedah dinaikkan oleh Federal Reserve (Fed) pada mesyuarat Jun telah meningkat susulan data perbelanjaan peribadi pengguna (PCE) Amerika Syarikat minggu lalu.

Ukuran inflasi yang menjadi kegemaran bank pusat itu menunjukkan peningkatan 4.4% tahun ke tahun pada bulan April daripada 4.2% sebelumnya.

Hal ini menyebabkan pasaran melihat kemungkinan untuk 70% peluang kenaikan kadar faedah oleh Fed pada bulan Jun.

Pun begitu, Bank of America kekal dengan pandangan bahawa Fed tidak akan melaksanakan kenaikan pada bulan depan, mengatakan tiga syarat perlu dipenuhi untuk menaikkan kadar.

Antaranya adalah data ekonomi yang kukuh, penyelesaian dalam isu siling hutang dan tekanan bank serantau yang mereda.

Beberapa data utama yang menjadi tumpuan pelabur minggu ini adalah laporan pembuatan dan pekerjaan NFP AS.

Menyentuh mengenai siling hutang, kedua-dua pihak Demokrat dan Republikan telah mencapai kesepakatan pada hujung minggu, sekali gus membawa sedikit kelegaan buat pasaran.

Namun, reaksi mata wang pada sesi Asia dilihat agak terhad dengan pergerakan pasaran dijangka kekal terbatas sepanjang hari ini berikutan banyak bank ditutup sempena cuti umum di UK, Perancis, Jerman, Switzerland dan Amerika Syarikat.

Euro dan pound kekal suram dengan masing-masing didagangkan pada paras terendah dua bulan dan satu bulan berbanding US dolar.

Dolar Aussie dan New Zealand pula kekal terperosok pada paras terlemah enam bulan dengan tumpuan pelabur kini terarah kepada data inflasi Australia pada hari Rabu.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat