USD Merudum, Perincian Minit FOMC Rupanya Lebih Memeranjatkan!

414

Pasaran sekali lagi dikejutkan dengan laporan minit mesyuarat FOMC yang memberi isyarat lebih dovish daripada dijangkakan.

Menurut minit yang dikeluarkan awal pagi tadi, majoriti penggubal dasar Fed bersetuju bahawa kenaikan kadar faedah lebih kecil akan berlaku tidak lama lagi setelah menilai kesan dasar terhadap ekonomi.

Ini sejajar dengan kenyataan yang telah dibuat oleh beberapa pegawai Fed sejak beberapa kebelakangan ini.

Ia sekali gus mendorong jangkaan pasaran bahawa Fed akan melaksanakan kenaikan 50 mata asas pada bulan Disember, menyusuli peningkatan 75 mata asas berturut-turut sebelumnya.

Meneliti lebih lanjut minit tersebut, walaupun mesyuarat ini berlangsung sebelum data inflasi Oktober diterbitkan, tetapi para penggubal dasar telah mula melihat sedikit tanda-tanda bahawa tekanan harga mereda.

Selain itu, mereka juga berhujah mengenai risiko pengetatan dasar yang cepat boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan kestabilan kewangan.

Ekoran itu, peningkatan lebih kecil akan memberi penggubal dasar peluang untuk menilai kesan kenaikan kadar.

Pasaran juga mencari petunjuk tentang sejauh mana penggubal dasar perlu meneruskan kenaikan kadar tahun depan untuk mencapai kemajuan yang memuaskan dalam perangi inflasi.

Minit itu juga menunjukkan kadar muktamad mungkin lebih tinggi daripada dijangkakan Fed sebelum ini, yang mana pasaran meramalkan ia mungkin boleh melebihi tahap 5%.

Susulan penerbitan ini, US dolar menyusut lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama setelah turut terkesan dengan bacaan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat yang menyuramkan pada bulan November.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat