USD Mula Berundur, Ucapan Powell Jadi Tumpuan!

1,420

Dolar Amerika sedikit berundur dari paras tertinggi lapan minggu berbanding pesaing utamanya pada awal sesi Eropah.

Berbanding sekumpulan mata wang, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan sedikit susut pada sekitar harga 103.35.

Keyakinan terhadap perjanjian siling hutang dilihat terus menyokong US dolar dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun untuk kekal kukuh.

Bagaimanapun, pelabur turut berhati-hati terhadap sebarang aktiviti pengambilan untung menuju dagangan hujung minggu.

Pada masa yang sama, tumpuan pasaran kini disasarkan kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell pada sesi New York akan datang.

Walaupun dengan penyusutan US dolar, mata wang euro kekal didagangkan pada sekitar paras terendah tujuh minggu, manakala pound pula diniagakan pada paras terlemah tiga minggu berbanding greenback.

Sementara itu, mata wang yen mengurangkan sedikit kerugian selepas merosot ke paras terendah lima bulan berbanding US dolar.

Inflasi Jepun meningkat semula pada bulan April, di mana harga pengguna teras melonjak 3.4% daripada tahun sebelumnya.

Selain itu, dolar Aussie sedikit pulih daripada kejatuhan terdahulu, menyaksikannya didagangkan sekitar harga 0.6650 berbanding US dolar.

Dolar New Zealand juga diperdagangkan lebih tinggi ketika pasaran bersiap sedia untuk mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada minggu depan.

Di samping itu, dolar Kanada diniagakan stabil menjelang penerbitan data jualan runcit Kanada pada bulan Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat