USD Punya Pasal, Harga Emas Terus Naik!

3,049

Harga emas terus mengekalkan keuntungan yang diraih pada minggu lalu dengan sokongan daripada kelemahan dagangan US dolar walaupun peningkatan hasil perbendaharaan AS membataskan kenaikan.

Pada sesi Asia, spot emas diniagakan di paras tertinggi lebih satu minggu pada $1,850 per auns. Sementara niaga hadapan emas pula didagangkan positif pada $1,948 per auns.

US dolar terus didagangkan suram pada awal minggu susulan kerugian pertamanya dalam tempoh hampir dua bulan, ketika pelabur mengurangkan pegangan terhadapnya yang sebelum ini disokong oleh jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed).

Namun begitu, kenaikan harga emas dihadkan oleh peningkatan hasil bon AS 10 tahun yang didorong oleh harapan pelabur terhadap pelonggaran sekatan di Shanghai akan kembali menyokong pertumbuhan global.

Shanghai dijangka akan menamatkan sekatan keseluruhannya mulai 1 Jun dan pemotongan kadar faedah yang tidak dijangka pada minggu lalu, telah diambil sebagai isyarat bahawa pihak berkuasa akan memberikan sokongan kepada pemulihan.

Sementara itu, beberapa penggubal dasar Fed, termasuk Pengerusi Jerome Powell, menahan diri daripada memberi petunjuk untuk kenaikan kadar 75 mata asas tetapi terus mengulangi mengenai peningkatan setengah peratus dalam kadar faedah pada mesyuarat akan datang.

Minit mesyuarat FOMC yang akan dikeluarkan pada minggu ini, bakal diteliti oleh pelabur dan menentukan pergerakan US dolar seterusnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat