USD Siap Siaga Hadapi Keputusan Polisi FOMC

557

Pergerakan US dolar kembali terbatas di sesi Asia selepas meningkat ke paras tertinggi satu bulan berbanding sekumpulan matawang utama pada sebelumnya, didorong oleh data yang menunjukkan inflasi meningkat.

Seperti yang dinantikan oleh pasaran sebelum pengumuman dasar monetari pada Rabu, data jualan runcit AS menunjukkan penurunan yang lebih daripada jangkaan pada bulan Mei, didorong oleh perbelanjaan pengguna beralih kepada perkhidmatan dari barangan.

Namun, kenaikan indeks harga pengeluar yang menjadi pengukur kepada inflasi, menunjukkan permintaan yang kuat ketika lebih banyak sektor ekonomi dibuka semula dan menandakan terdapat kenaikan tekanan harga.

Susulan itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun terus mengekalkan momentum pengukuhannya dengan meningkat melebihi 1.51% selepas pengeluaran data, sebelum susut sedikit pada sesi Asia di sekitar 1.49%.

Indeks dolar pula kembali diniagakan di sekitar harga yang sama pada 90.55, selepas meningkat lebih tinggi pada sesi sebelumnya.

Sentimen pasaran cenderung berhati-hati ketika para pelabur menantikan pengumuman dasar monetari pada awal pagi Khamis (waktu Malaysia).

Walaupun bank pusat dijangka akan terus mengekalkan kadar faedahnya sehingga 2023, namun terdapat jangkaan bahawa perbincangan mengenai pengurangan pembelian bon bulanannya akan kembali bergema.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat