USD ‘Steady’, Yen Tenggelam Ke Tahap Terendah Hampir 3 Tahun

453

US dolar bertahan daripada jatuh lebih rendah susulan laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang kurang memberangsangkan pada bulan September.

Walaupun mengecewakan, tetapi pelabur masih yakin bahawa Federal Reserve (Fed) akan mengumumkan pengurangan pembelian aset bulanannya akan dimulakan secepatnya bulan depan.

Ini menyebabkan dolar greenback kekal didagangkan tinggi, terutamanya berbanding matawang yen Jepun setelah disokong oleh lonjakan hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang lebih tinggi.

Berbanding yen, dolar Amerika mengukuh ke paras tertinggi hampir tiga tahun dengan diniagakan di sekitar harga 112.90 pada sesi Eropah.

Matawang safe-haven itu juga didagangkan lemah berbanding matawang berisiko yang lain seperti pound dan dolar Aussie, di mana kedua-duanya turut meraih sedikit keuntungan berbanding greenback.

Sementara euro pula didagangkan sedikit berubah berbanding US dolar yang memaparkan pergerakan terhad pada awal minggu. Untuk pengetahuan, bank-bank AS ditutup hari ini sempena Colombus Day. Oleh itu, pergerakan dipamerkan USD hari ini mungkin agak terbatas.

Dalam pada itu, dolar Kanada menguat di paras tertinggi hampir tiga bulan, didukung oleh harga minyak mentah dunia yang tinggi dan laporan pekerjaan Kanada yang lebih baik dari dijangkakan.

Ekonomi Kanada menambah sebanyak 157,100 pekerjaan pada bulan September berbanding jangkaan untuk meningkat hanya 59,000, dan jauh lebih baik dari bacaan sebelumnya sebanyak 90,200.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat