USD Tak Bermaya Untuk Teruskan Kenaikan

614

Pembukaan sesi Eropah menyaksikan kebanyakan matawang utama didagangkan lebih tinggi berbanding dolar greenback.

Bacaan data pekerjaan NFP AS pada minggu lalu, menunjukkan bacaan yang bercampur-campur, di mana pertumbuhan angka pekerjaan utama bulan Jun meningkat melebihi jangkaan pasaran.

Bagaimanapun, kadar pengangguran pula sebaliknya, mengecewakan ramalan pasaran dengan mencatatkan peningkatan lebih tinggi pada bulan lalu, sementara penyertaan tenaga kerja pula tidak berubah.

Ini menyebabkan pelabur mula bimbang bahawa bacaan data terbaru ini akan memberi ruang kepada Federal Reserve (Fed) untuk menunggu sebelum mengurangkan pembelian aset mereka atau menaikkan kadar faedah.

Matawang pound diniagakan lebih tinggi pada sesi Eropah, dengan tumpuan pasaran kini tertumpu pada sidang media Perdana Menteri UK, Boris Johnson yang dijangka akan mengumumkan mengenai pelonggaran sekatan pada 19 Julai.

Walaupun UK kini mencatatkan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak, namun jumlah kemasukan ke hospital dan kematian yang dicatatkan adalah berkurang, menandakan kemajuan vaksinasi di negara itu menjadi pelindung kepada rakyatnya.

Sementara itu, matawang euro juga sedikit meningkat menyusuli penyusutan greenback, namun, kenyataan dovish oleh pegawai Bank Pusat Eropah (ECB) mengenai inflasi menyebabkan dagangan euro terbatas.

Dolar Aussie turut meningkat menjelang mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) pada sesi Asia esok yang dijangka akan menyaksikan kadar faedah dan pelonggaran semasa kekal tidak berubah berikutan ancaman baru Covid-19 di Australia.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat