USD Terbeban Menjelang FOMC Manakala Pound Menjunam Ekoran Peletakan Jawatan Ahli Konservatif

813

Matawang A.S. Dolar didagangkan lebih rendah berbanding Euro dan Pound pada awal perdagangan sesi Eropah hari ini atas faktor kejatuhan hasil bon Amerika Syarikat yang telah mengurangkan daya tarikannya menjelang minit mesyuarat FOMC awal pagi Khamis.

Hasil bon A.S. berada dalam tekanan selepas data-data ekonomi A.S. mengeluarkan bacaan yang lemah dalam beberapa hari kebelakangan ini dimana hasil bon 10 tahun jatuh ke 2.64% daripada 2.80% pada bulan lalu.

Hal ini akan menjadikan tumpuan pelabur khususnya tertumpu kepada minit mesyuarat FOMC yang dijadualkan pada jam 3 pagi Khamis dimana bank pusat Federal Reserve dijangka akan mengeluarkan kenyataan yang lebih neutral dan bergantung kepada data. Pelabur melihat ini adalah petanda untuk bank pusat FED memperlahankan proses pengetatan dasar monetari mereka.

Matawang Yuan hari ini meningkat selepas Amerika Syarikat meletakkan syarat supaya China tidak memanipulasikan matawangnya sebagai sebahagian daripada perkara dalam hubungan dagang dua negara tersebut.

Yuan antara matawang yang mengukuh pada tahun 2019 selepas disokong oleh pemulihan sentimen pasaran dan keyakinan bahawa Washington dan Beijing dapat mencapai kata sepakat untuk menamatkan konflik perdagangan mereka.

Sementara itu, pasaran Eropah juga dikejutkan dengan berita peletakan jawatan oleh tiga Ahli Parlimen Konservatif iaitu Heidi Allen, Anna Soubry dan Sarah Wollaston. Hal ini menyebabkan matawang Pound Sterling menjunam ke sesi terendah hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat