USD Tertekan Lagi, Tuntutan Pengangguran AS Meningkat Sebanyak 5.24 Juta Pada Minggu Lalu!

402

Jabatan Buruh AS melaporkan jumlah tuntutan awal faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) meningkat sebanyak 5.24 juta pada minggu lalu sebagaimana yang dikeluarkan dalam laporan hari ini. Data ini menunjukkan bahawa hampir 22 juta orang yang telah membuat tuntutan faedah, dan angka ini merupakan angka yang paling tinggi pernah terjadi sejak Great Recession.

Bacaan jumlah tuntutan awal faedah/insurans pengangguran (Jobless claims) pada minggu lalu sedikit lebih buruk daripada yang diramalkan oleh pakar ekonomi iaitu sebanyak 5.105 juta.

Setakat ini seramai 11.98 juta orang yang sudah menerima faedah pegangguran, angka ini meningkat daripada 7.46 juta seminggu sebelumnya berdasarkan laporan yang dikeluarkan.

Angka ini dikeluarkan setelah sehari laporan jualan runcit yang dikeluarkan. Jualan runcit A.S telah mencatat penurunan terbesar dalam pengeluaran kilang pada bulan Mac sejak tahun 1946.

Penularan Covid-19 yang semakin marak telah menyebabkan kebanyakkan kerajaan termasuk pentadbiran AS mengeluarkan arahan perintah berkurung sebagai satu langkah untuk mengekang penyebaran wabak tersebut. Hal ini juga secara tidak langsung telah menghentikan aktiviti ekonomi.

Kebanyakkan pakar ekonomi berpendapat bahawa AS telah memasuki fasa kemelesetan ekonomi dan mereka menjangkakan ekonomi suku tahun pertama akan mencatat kejatuhan paling besar sejak Perang Dunia Kedua.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat