USD Terus Bergelut, Data PCE AS Pula Jadi Tumpuan!

422

Mata wang gergasi US dolar kekal di bawah tekanan pada sesi Eropah walaupun berhasil mencatat sedikit kenaikan ekoran data ekonomi Amerika Syarikat yang lebih kukuh.

Sesi Eropah melihatkan indeks dolar terus melemah pada sekitar paras terendah 8 bulan berbanding sekumpulan mata wang utama pada harga 101.86.

Terdahulu, dilaporkan bahawa ekonomi AS berkembang 2.9% tahun ke tahun pada suku keempat daripada jangkaan 2.6%, tetapi lebih daripada pertumbuhan 3.2% yang dicatatkan sebelumnya.

Data lain dari AS juga mendedahkan tuntutan pengangguran minggu menurun dan pesanan barangan tahan lama meningkat pada bulan Disember.

Bagaimanapun, angka-angka positif ini hanya memberi sedikit impak kepada USD dan gagal menggoyahkan jangkaan pasaran terhadap penetapan kadar faedah Federal Reserve (Fed) sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat akan datang.

Menjelang hujung minggu, data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) teras AS akan dipantau dengan teliti oleh pasaran pada sesi New York.

Meneliti pergerakan pasaran lebih luas, mata wang euro dan pound tidak mempamerkan perubahan ketara walaupun berlaku penurunan pada sesi Asia.

Dagangan mata wang komoditi, dolar Aussie, kiwi dan loonie pula kekal menguat di paras tertinggi bulan berbanding US dolar yang lemah.

Sementara itu, mata wang yen meraih sokongan daripada data inflasi Tokyo yang mencecah ketinggian baharu 42 tahun pada bulan Januari, menandakan tekanan meningkat ke atas Bank of Japan (BOJ).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat