USD Terus Gugur, Tetapi Pound Lebih Parah!

322

Pergerakan positif US dolar pada sesi sebelum ini malangnya gagal bertahan apabila raja mata wang itu kembali jatuh lebih rendah ketika pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah.

Ketika penulisan, indeks dolar didagangkan 0.3% lebih rendah berbanding kebanyakan mata wang utama pada sekitar harga 101.75.

Kenyataan terbaharu daripada Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) Christine Lagarde pada Selasa, terus memberi harapan buat pelabur bahawa ia akan memulakan kenaikan kadar faedah tidak lama lagi.

Seperti pernyataannya sebelum ini, beliau memberitahu Bloomberg TV bahawa kadar ECB mungkin akan kembali positif menjelang akhir suku ketiga. Namun begitu, Lagarde mengatakan pasaran tidak seharusnya menterjemahkan kenyataan beliau kepada jangkaan mengenai berapa mata asas kadar akan dinaikkan.

Euro memaparkan peningkatan lebih tinggi susulan komen tersebut walaupun data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah yang diterbitkan menunjukkan pertumbuhan perlahan pada bulan Mei.

Mata wang pound pula gagal mengekalkan pengukuhannya selepas terdapat keraguan mengenai kenaikan kadar faedah selanjutnya oleh Bank Pusat England (BOE).

Ini susulan data yang diterbitkan sebentar tadi yang menunjukkan ekonomi UK hampir terhenti pada bulan Mei berikutan tekanan inflasi yang meningkat memberi kesan ketara kepada permintaan.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand menyambut baik kenyataan Amerika Syarikat bahawa pentadbiran Joe Biden sedang mempertimbangkan untuk memotong tarif import China yang dikenakan ketika era pemerintahan Donald Trump.

Sementara itu, berita pembukaan semula Shanghai dari penutupan Covid-19 terus memberi sokongan kepada sentimen pasaran yang mengharapkan pemulihan di China akan membantu pertumbuhan global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat