USD Undur Diri Sebagai Raja Mata wang

655

Sentimen pasaran yang bertambah baik meletakkan US dolar kekal didagangkan lebih rendah berbanding pesaing utamanya.

Ini turut menyaksikan kehijauan menghiasi pasaran saham global yang menandakan pelabur mengetepikan seketika kebimbangan terhadap kemelesetan susulan laporan pendapatan korporat Amerika Syarikat yang lebih baik daripada jangkaan.

Walaupun begitu, pelabur perlu berwaspada memandangkan jangkaan untuk kenaikan kadar faedah oleh Federal Reserve (Fed) masih tidak berubah dan menyokong US dolar.

Beralih kepada mata wang Eropah, pound masih mengekalkan keuntungan yang diraih pada awal minggu walaupun mencatat sedikit penyusutan pada hari Selasa.

Terdahulu pada sesi Eropah, terdapat laporan menyatakan bahawa Bank of England (BOE) mungkin menangguhkan program jualan bon sehingga minggu depan.

Menjadi tumpuan pelabur mata wang pound hari ini adalah penerbitan data inflasi UK yang akan disiarkan pada sesi Eropah yang dijangka akan mencatatkan sedikit peningkatan pada September daripada bulan sebelumnya.

Sementara itu, euro kekal didagangkan lebih tinggi di tengah-tengah jangkaan bahawa Bank Pusat Eropah (ECB) bakal mengambil langkah besar sekali lagi dalam menaikkan kadar faedahnya pada mesyuarat akan datang.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand turut memanfaatkan sentimen positif dalam pasaran, selain dolar kiwi turut disokong oleh data inflasi New Zealand yang lebih kukuh pada suku ketiga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat