USDCAD Analisa Fundamental Harian 13 Nov 2015

27

Dollar CAD melonjak sekitar 120 pips Khamis semalam untuk ke paras tertinggi harian sekitar 1.3340 sebelum menutup sekitar paras 1.3290; setelah tuntutan bantuan pengangguran AS dilaporkan stabil semalam.  Walaupun angka 276 ribu adalah meleset dari jangkaan 270 ribu, ianya tidak berubah dari minggu lepas, sekaligus mengekalkan sentimen pasaran buruh yang masih kukuh.

Di pasaran Kanada, indeks perumahan dilaporkan menurun dari 0.3% kepada 0.1% berbanding jangkaan penurunan hanya kepada 0.2%.  Harga rumah yang turun menunjukkan permintaan yang semakin perlahan terkesan dari pengguna yang berhemah dalam berbelanja atau membuat pelaburan baru ekoran ekonomi Kanada yang masih dalam kemelesetan.

[adrotate group=”6″]

Penganalisis berkata pertumbuhan KDNK (GDP) sebahagian besarnya disebabkan oleh kesan harga minyak yang rendah kepada sektor sumber dan bahan mentan, bermakna kenaikan kadar di Kanada tidak mungkin berlaku dalam tempoh masa terdekat.  “Ekonomi kelihatan tumbuh pada kadar yang cukup pantas untuk menyerap pertumbuhan penduduk dan mengekalkan kadar pengangguran pada kira-kira 7% buat masa ini,” menurut Doug Porter, Ketua Ekonomi di BMO Financial Group.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat