USDCAD Analisa Fundamental Harian 20 Feb 2015

42

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-016

Dollar CAD melonjak lebih 115 pips untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.2555, sebelum menutup dibawah “21 days moving average” – sekitar 1.2499 – selepas data “unemployment claims” AS dilaporkan lebih baik dari jangkaan.  Walaupun begitu, downtrend dicarta harian dikekalkan, dengan resistance di pivot mingguan sekitar 1.2520  Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran USD|CAD telah pun berada dibawah pivot harian – sekitar 1.2495

Elsport terbesar Kanada, minyak mentah berada dalam dagangan ‘ranging’ Khamis semalam, jatuh ke paras terendah sekitar $49.78 sebelum memacu naik semula, dan menutup sekitar $52.17  Harga minyak mentah telah pun memasuki fasa uptrend pada “stop and reverse” indikator selama 3 minggu dan sebarang kejatuhan ke pivot bulanan – sekitar $48.30 – dilihat bakal mendapat sokongan belian.

Di Amerika Syarikat pula, kerisauan Federal Reserve tentang inflasi yang dibawah sasaran dan kegoyahan pendapatan pekerja, menjadikan badan kewangan itu teragak-agak untuk menaikkan “interest rate” secepat mungkin.  Dengan Kanada yang bakal melaporkan “retail sales” bulanan yang dijangka meleset kepada -0.4% berbanding 0.4% sebelum ini, pasaran dijangka terus “ranging” melainkan terdapat kejutan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat