USDCAD Analisa Fundamental Harian 22 Sep 2015

59

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-007

Dollar CAD terus memacu naik untuk hari ketiga, lebih 85 pips Isnin semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 1.3265 sebelum menutup sekitar paras 1.3220; setelah pasaran Kanada terus memberikan reaksi kepada keputusan kadar Feds yang dikekalkan pada 0.25% buat masa ini.

“Saya fikir kita lihat sedikit pencerahan terhadap apa yang berlaku semalam, apabila ia diterjemahkan ke dalam pasaran hari ini, berkenaan dengan keputusan kadar Feds,” menurut Gareth Watson, naib presiden pengurusan pelaburan dan penyelidikan di Richardson GMP Ltd.  Bank pusat AS terus mengekalkan penanda aras kadar pinjaman asas di antara sifar dan 0.25%, sambil memetik kelemahan dalam ekonomi global, inflasi yang rendah dan pasaran saham yang masih terumbang ambing sebagai penghalang utama.

[adrotate group=”6″]

Bank pusat AS itu berkata, kadar pinjaman asas tidak akan berganjak sehingga ada peningkatan dalam pasaran buruh dan inflasi pulang ke sasaran Feds sebanyak 2%. Dalam bacaan terakhir Feds, inflasi meningkat hanya 1.2 peratus.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat