USDCAD Analisa Fundamental Harian 26 Jan 2016

41

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-017

Dollar CAD melonjak lebih 165 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar C$1.4290 sebelum menutup sekitar paras C$1.4285; setelah harga minyak kembali menjunam semalam dan memberikan semula keuntungan daripada minggu lepas. Minggu lepas Dollar Amerika lemah berbanding Dollar Kanada, apabila harga minyak mentah dan pasaran saham global kembali pulih dan meningkatkan toleransi risiko para pelabur.

Minyak mentah telah memberikan semula 30% daripada kenaikan minggu lepas, dan kelihatan untuk meneruskan langkah menurun untuk hari-hari yang mendatang sekiranya sentimen pasaran tidak pulih sepenuhnya. Pada masa yang sama, data ekonomi AS kelihatan lebih lemah apabila Dollar yang kukuh menjadikan barangan AS lebih mahal di pasaran antarabangsa. Baru-baru ini jualan runcit, perumahan baru bermula dan pengeluaran perindustrian AS diaporkan lemah, sekaligus menunjukkan kelembapan dalam aktiviti ekonomi pada akhir tahun lepas.

[adrotate group=”6″]

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan keyakinan pengguna yang dijangka naik sedikit dari 96.5 mata kepada 96.6 mata.  Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Kanada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat