USDCAD Analisa Fundamental Harian 26 Nov 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-usdcad-019

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar 1.3340 ke serendah 1.3280, sebelum menutup sekitar paras 1.3285; setelah masa yang dinantikan akhirnya akan menghampiri: apabila Federal Reserve AS memulakan peringkat seterusnya dalam proses menormalkan pasaran dan menaikkan kadar untuk kali pertama dalam hampir satu dekad.

Di pasaran Amerika Syarikat semalam, Jabatan Buruh AS melaporkan bahawa bilangan pemohon bantuan pengangguran menurun sebanyak 12 ribu kepada 260 ribu berbanding 272 ribu pada sebelum ini.  Angka ini adalah lebih baik dari jangkaan penganalisis untuk kenaikan kepada 273 ribu.  Dalam pada itu Jabatan Perdagangan AS pula melaporkan pesanan barangan tahan lama telah melonjak 3%, lebih dari 1.5% yang dijangkakan pasaran.  Sebelum ini angka tersebut telah jatuh dibawah sifar kepada -1.2%.

[adrotate group=”6″]

Pelabur yakin bahawa Federal Reserve AS akhirnya akan menaikkan kadar untuk kali pertama pada akhir mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada 15-16 Disember ini.  Jangkaan perbezaan kadar telah meningkatkan nilai Dollar sejak dasar pengetatan Amerika Syarikat diumumkan. Kenyataan FOMC pada Oktober lalu telah mencetuskan sentimen pasaran bahawa pembuat dasar Feds akan mengambil tindakan susulan selepas kekecewaan pada bulan Jun dan September lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat