USDCAD Analisa Fundamental Harian 28 April 2016

40

Dollar CAD berada dalam dagangan tidak menentu Rabu semalam, memacu naik ke paras tertinggi harian sekitar C$1.2695 sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras C$1.2597, dalam reaksi kepada mesyuarat FOMC pada awal pagi tadi.  Kenaikan harga minyak tidak banyak membantu permintaan untuk Loonie yang telah meningkat nilai lebih 16.7% sepanjang 14 minggu yang lalu.

Kadar tukaran USD/CAD yang berada pada paras tertinggi sekitar C$1.4690 pada 20 Januari lalu, telah merudum lebih 2 ribu pips untuk ke paras terendah harian sekitar C$1.2570 semalam, terkesan dari kenaikan harga minyak dan pemulihan pasaran komoditi utama.  Kayu balak yang merupakan antara eksport utama Kanada, juga telah memacu naik dari paras terendah sekitar $236/bf pada 25 Januari lalu.  Kontrak Julai untuk kayu balak menutup sekitar $305.40/bf dalam dagangan lewat petang Chicago semalam.

[adrotate group=”6″]

Dalam pada itu, di pasaran Amerika Syarikat awal pagi tadi, Federal Open Market Committee (FOMC) dalam mesyuarat awal pagi tadi, mengekalkan kadar tidak berubah dalam julat 0.25% – 0.5% selepas kenaikan kali pertama dalam satu dekad pada Disember tahun lalu.  FOMC juga dilihat mengeluarkan kebimbangan terhadap kegawatan ekonomi global dari kenyataannya, dan menekankan bahawa kenaikan kadar seterusnya akan bergantung kepada prestasi ekonomi semasa.

Malam ini Amerika Syarikat bakal melaporkan data GDP yang ditunggu-tunggu pasaran, yang dijangka turun dari 1.4% pada suku terakhir tahun lepas kepada 0.7% pada suku pertama tahun ini.  Angka tuntutan bantuan pengangguran pula dijangka meningkat dari 247 ribu kepada 258 ribu pemohon.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Kanada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat