USDCAD Analisa Fundamental Harian 7 April 2016

40

Dollar CAD berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar C$1.3185 ke serendah C$1.3062, sebelum menutup sekitar paras C$1.3088; setelah kenaikan harga minyak dibayangi oleh penurunan indeks PMI Ivey dari 53.4 mata kepada 50.1 mata, berbanding jangkaan pasaran untuk kenaikan kepada 54.9 mata.

Di pasaran Kanada, indeks PMI Ivey yang membanci lebih 175 pengurus pembelian di seluruh Kanada, tentang keadaan perniagaan termasuk pekerjaan, pengeluaran, tempahan baru, harga, penghantaran dan bekalan; kini menunjukkan penguncupan yang membimbangkan ahli ekonomi.  Dengan ketidakstabilan harga minyak dan penguncupan aktiviti ekonomi, ini boleh menjadi satu masalah besar kepada ekonomi Kanada.

[adrotate group=”6″]

Namun begitu, indeks komponen pekerjaan untuk Mac adalah pada 50.7 mata, menunjukkan bahawa pekerjaan di Kanada telah bertambah daripada pada bulan sebelumnya. Indeks komponen inventori pula adalah pada 48.6 mata, menunjukkan inventori yang lebih rendah berbanding pada bulan sebelumnya. Indeks harga adalah pada 58.5 mata pada bulan Mac, menunjukkan harga yang lebih tinggi daripada pada bulan sebelumnya.  Kekuatan ini telah mengimbangi kelemahan komponen indeks lain.

Hari ini Kanada bakal melaporkan permit bangunan yang dijangka meningkat dari -9.8% kepada 4.7% dan Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka berkurang dari 276 ribu kepada 271 ribu permohonan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat