Dollar Yen berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips, dari paras tertinggi harian sekitar 120.35 ke serendah 119.75; sekaligus menyebabkan kadar tukaran USD|JPY kekal dibawah ’21 days moving average’. Downtrend di carta harian masih kukuh dengan pembatalan pada sekitar 121.05 dan ketika artikel ini ditulis, kadar tukaran USD|JPY berada di bawah pivot bulanan yang baru, sekitar 120.15
Di Amerika Syarikat, “consumer confidence” dilaporkan jauh lebih baik dari jangkaan, 101.3 berbanding 96 dan data sebelumnya juga dikemaskini lebih tinggi kepada 98.8 Dollar Index memacu naik lebih 80 mata Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian pada sesi Asia, sekitar 99.00 sebelum menutup pada sekitar 98.60 Pasaran Jepun agak senyap minggu ini dengan hanya satu data berimpak tinggi yang dilaporkan hari ini – Tankan Large Manufacturing Outlook yang dijangka lebih baik dari sebelumnya, 16 berbanding 9.
Hari ini juga Amerika Syarikat bakal melaporkan “ADP employment change” yang dijangka bertambah dari 212 ribu kepada 225 ribu. Namun begitu “manufacturing PMI” dijangka sedikit lemah dengan 52.5 jangkaan berbanding 52.9 pada sebelumnya. Pasaran dilihat memihak kepada Yen, terutama dengan sentimen ‘risk-off’ terkesan dari krisis ‘Grexit’ yang nampaknya kembali hangat.
Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni