USDJPY Analisa Fundamental Harian 17 Dis 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-017

Dollar Yen meneruskan pacuannya untuk hari kedua Rabu semalam, lebih 75 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥122.40 sebelum menutup sekitar paras ¥122.20; setelah Federal Reserve AS menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas kepada 0.5% – kenaikan pertama sejak hampir 10 tahun lalu. Indeks Dollar yang berada pada paras terendah harian sekitar 97.60 mata kembali melonjak setinggi sekitar 98.60 mata, sebelum menutup sekitar 98.40 mata.

Awal pagi tadi, Federal Reserve AS seperti yang dijangkakan, mengundi untuk meningkatkan julat sasaran penanda aras Kadar Dana Persekutuan, sekaligus menamatkan dasar kadar sifar yang dilaksanakan oleh Bank Pusat AS itu sejurus selepas Krisis Kewangan, yang bertujuan untuk menyelamatkan ekonomi terbesar dunia itu dari malapetaka ekonomi yang paling besar dalam lebih daripada 70 tahun.

[adrotate group=”6″]

Sebelum keputusan awal pagi tadi, FOMC Federal Reserve AS telah mengekalkan kadar pada paras berhampiran sifar selama 56 kali berturut-turut, rentetan yang bermula sejak Disember 2008. Kadar Dana Persekutuan adalah kadar yang ditawarkan oleh institusi, untuk pinjaman semalaman antara bank yang diadakan oleh Feds.

Di pasaran Asia hari ini, Jepun melaporkan imbangan perdagangan pada bulan November dengan defisit sebanyak ¥380.0 bilion, kurang daripada defisit ¥446 bilion yang dilihat sebelum ini. Malam nanti Amerika Syarikat bakal melaporkan Indeks Pembuatan Feds Philadelphia yang dijangka bertambah baik dari 1.9 mata kepada 2.1 mata dan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka berkurang dari 282 ribu pemohon kepada 271 ribu pemohon.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat