USDJPY Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2016

31

Dollar Yen susut lebih 120 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥113.60 sebelum mendapat bidaan untuk menutup lebih tinggi sekitar paras ¥114.05; setelah lebih ramai trader bimbang tentang kekurangan pertumbuhan di Jepun. Jurang antara pasaran dan ekonomi mungkin yang terbesar di Jepun, di mana Nikkei menghadapi kenaikan terbesar dalam sehari, sejak kedalaman krisis kewangan global pada tahun 2008.

Pasaran seolah-olah tidak menghiraukan data yang menunjukkan ekonomi tahunan Jepun menguncup sebanyak 1.4% pada suku akhir 2015, lebih teruk daripada yang dijangkakan; sekaligus meningkatkan jangkaan rangsangan tambahan dari Bank of Japan, di saat Jepun berlegar-legar di ambang kemelesetan keenam dalam masa tujuh tahun.

[adrotate group=”6″]

Penurunan ini adalah lebih besar daripada yang dijangkakan oleh ahli ekonomi, dan didorong oleh kejatuhan dalam perbelanjaan pengguna dan perdagangan yang lemah. Eksport jatuh 0.9% pada suku terakhir, berbanding dengan tahun sebelumnya, selepas pertumbuhan 2.6% pada suku sebelumnya. Permintaan dalam negeri yang lemah juga mengetuk 0.5% daripada pertumbuhan.

Berikutan data yang mengecewakan, ahli ekonomi Societe Generale memotong ramalan mereka untuk pertumbuhan Jepun pada 2016 kepada 0.8%, daripada unjuran terdahulu sebanyak 1.7%. Penganalisis di Barclays pula percaya, ekonomi Jepun akan terus menguncup pada suku pertama 2016, sekaligus mengheret Jepun ke dalam kemelesetan keenam sejak krisis kewangan 2008.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat