USDJPY Analisa Fundamental Harian 20 Feb 2015

50

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-019

Dollar Yen menjunam 70 pips sebaik sahaja minit mesyuarat FOMC Amerika Syarikat, mengesahkan Federal Reserve tidak akan tergesa-gesa mahu menaikkan “interest rate”; sebelum memacu semula ke paras sebelum junaman dibuat Rabu kelmarin – sekitar 119 Yen bagi setiap Dollar.  Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran USD|JPY sedang menguji resistance pivot mingguan – sekitar 119.20

Jepun melaporkan defisit dagangan tahunan yang berkurang lebih separuh pada Januari lepas, dibantu oleh kejatuhan harga minyak dan eksport terbaik dalam masa setahun.  Defisit yang berjumlah 2.8 trilion Yen pada Januari 2014, kini berjumlah 1.18 trilion Yen ($9.9 bilion).  Gabenor Bank of Japan, Haruhiko Kuroda, menafikan kejatuhan nilai Yen akan menjejaskan ekonomi; sekaligus meneruskan polisi ‘Abenomics’.

Dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari  kedua-dua buah negara hari ini, pasaran dijangka terus ‘ranging’ melainkan terdapat sebarang kejutan pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat