USDJPY Analisa Fundamental Harian 20 Mar 2015

32

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-003

Dollar Yen memacu naik, sekitar 120 pips, ke paras sebelum mesyuarat FOMC, sekitar 121.00, sepanjang sesi dagangan Asia dan pagi Eropah Khamis semalam.  Sehari sebelum itu, kadar tukaran USD|JPY merudum selepas Federal Reserve Amerika Syarikat merubah jangkaan perkembangan ekonomi AS kepada lebih rendah dari sebelumnya.

Keputusan majlis mesyuarat FOMC Federal Reserve untuk menggugurkan perkataan sabar dalam kenyataan minit mesyuaratnya adalam seperti dijangkakan, namun komen presiden Janet Yellen, bahawa itu tidak semestinya bermaksud kenaikan “interest rate” pasti berlaku Jun ini, walaupun ianya berkemungkinan.  Ianya bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, tambah beliau lagi.

Apa yang mengejutkan pasaran, adalah kemaskini data-data ekonomi kepada lebih rendah dari jangkaan sebelum ini; sekaligus mengandaikan kenaikan “interest rate” bukanlah suatu keutamaan buat masa ini.  Keadaan ini menyebabkan para pelabur mula menjual Dollar dan beralih kepada matawang yang memberi pulangan lebih tinggi seperti Kiwi dan Aussie melalui strategi ‘carry trade’.

Awal pagi ini, Bank of Japan bakal melaporkn minit mesyuaratnya yang terbaru dan tiada sebarang laporan ekonomi dari Amerika Syarikat.  Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat