USDJPY Analisa Fundamental Harian 23 Dec 2014

32

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-013Yen terus memacu Dollar untuk terus meningkat dan memecahkan paras tertinggi Jumaat, sekitar 119.62, apabila laporan BoJ menyebut bakal meneruskan program ransangan ekonomi ala “Abenomics” versi 2.0 untuk mengeluarkan Jepun dari deflasi lebih 2 dekad.  Yen yang berterusan mengukuh semenjak Jun 2007 sehinggalah tsunami besar melanda pada March 2011, menyebabkan kuasa membeli rakyat Jepun meningkat dan barangan import menjadi semakin murah.

Walau bagaimanapun, ini menjadikan barangan Jepun mahal untuk dieksport keluar dan mendorong pekilang mengurangkan aktiviti ekonomi dan menurunkan harga bagi menjana permintaan; sekaligus menjadikan GDP Jepun dibawah paras sifar.  Laporan terbaru menyebut GDP tahunan Jepun adalah pada – 1.9% berbanding -7.3% tahun sebelumnya.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Shinzo Abe melancarkan program ransangan ekonomi yang digelar “Abenomics” selepas menang dalam Pilihanraya Umum December 2012.  Yen dilemahkan dengan pembelian aset-aset di pasaran terbuka dan komersil oleh Bank of Japan yang sekaligus melonjakkan pasaran saham Jepun.  Ketika ini Index Nikkei 225 berada sekitar 17,678 – paras tertinggi dalam tempoh 3 tahun.

Hari ini, dengan ketiadaan sebarang data berimpak tinggi dari Jepun lantaran cuti umum, pasaran mula memberikan tumpuan pada pelbagai data ekonomi Jepun yang bakal dilaporkan pada Krismas nanti, terutamanya “consumer price index” tahunan yang dijangka mengurang kepada 2.8% berbanding 2.9% tahun sebelumnya.

 

Masih tercari-cari Broker Forex untuk buka akaun? Broker Regulated, STP, mudah withdraw profit – KLIK SINI

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat