USDJPY Analisa Fundamental Harian 25 April 2016

45

Dollar Yen melonjak lebih 250 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar ¥111.80 sebelum menutup sekitar paras ¥111.77; setelah Reuters melaporkan bahawa dana Feds di pasaran hadapan mencadangkan bahawa trader memfaktorkan 23% peluang untuk kenaikan kadar Feds AS pada mesyuarat FOMC Jun ini.  Kenaikan kadar Feds AS dijangka membantu sokongan belian untuk Dollar terkesan dari kemasukan dana pelaburan ke Amerika Syarikat.

Di pasaran  komoditi, kenaikan harga minyak telah membantu melonjakkan pasaran ekuiti global. Komoditi itu yang diniagakan pada kurang daripada $30 setong pada bulan-bulan kebelakangan ini, tetapi kini kembali di atas paras $40. Walaupun negara-negara pengeluar minyak utama gagal untuk bersetuju kepada pembekuan pengeluaran pada mesyuarat di Doha, Qatar baru-baru ini; ahli-ahli OPEC masih boleh mengehadkan output pada mesyuarat Jun mereka.

[adrotate group=”6″]

Kebimbangan bahawa kepentingan dalam komoditi minyak akan mencairkan pasaran saham kepada wang tunai telah pudar, menurut Soichiro Monji, pengurus besar penyelidikan ekonomi di Daiwa SB Investments. Pembetulan kepada kenaikan Dollar pada awal tahun ini juga memberi sokongan kepada pasaran ekuiti. Indeks Matawang Nikkei untuk Dollar, mencerminkan kadar pertukaran berkesan untuk Dollar AS, telah mencecah paras 14 tahun tertinggi, pada lebih daripada 131 mata pada bulan Januari lalu.

Tetapi modal dari pelbagai negara ke dalam Dollar telah merosot setelah Federal Reserve AS menurunkan jangkaan jumlah kenaikan kadar daripada empat kepada hanya dua kali pada tahun ini.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS mahupun Jepun hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat