USDJPY Analisa Fundamental Harian 5 Jan 2016

57

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-001

Dollar Yen menjunam lebih 175 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar ¥118.70 sebelum menutup sekitar paras ¥119.40; setelah Dollar jatuh ke paras 10 minggu terendah berbanding Yen, ekoran ketegangan di Timur Tengah dan data lemah China yang memberikan permintaan untuk matawang Jepun dalam sesi dagangan pertama 2016. Selera terhadap risiko daripada pelabur menghadapi gawat pada permulaan tahun baru, selepas Arab Saudi memutuskan hubungan dengan Iran.

Dalam pada itu, data menunjukkan aktiviti perkilangan China susut bagi bulan kesepuluh berturut-turut pada bulan Disember lalu, sekaligus memukul pasaran saham hampir di seluruh Asia. Namun, harga minyak mentah meningkat semula selepas ketegangan di Timur Tengah mencetuskan kebimbangan terhadap kestabilan bekalan, dan sesetengah pemerhati melihat ini akhirnya akan memihak kepada Dollar.

[adrotate group=”6″]

Keadaan kini menunjukkan pemulihan ekonomi global menemui rintangan dan sedang menghadapi risiko yang lebih besar. Lebih turun naik dalam pasaran global dijangka selepas Federal Reserve AS menaikkan kadar. Kerajaan perlu memberi perhatian lebih kepada faktor-faktor risiko luaran dalam jangka masa pendek dan melancarkan dasar makro-ekonomi yang sewajarnya supaya ekonomi tidak terus merudum. Tiada sebarang laporan ekonomi berimpak tinggi dari Jepun mahupun AS hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat