USDJPY Analisa Fundamental Harian 5 Mei 2016

35

Dollar Yen berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar ¥107.36 ke serendah ¥106.24, sebelum menutup sekitar paras ¥106.95; setelah Dollar AS membuat lantunan teknikal apabila mencapai paras terendah sejak Oktober 2014, selepas Bank of Japan melancarkan pusingan kedua pelonggaran kuantitatif (QE). Beberapa trader mengatakan terdapat kekurangan kecairan kerana hari kelepasan bank di Jepun.

Di pasaran AS semalam, laporan ekonomi keluar bercampur-campur dengan laporan ADP pekerja swasta menambah kurang dari jangkaan dan bulan sebelumnya.  Hanya 156 ribu pekerjaan ditambah berbanding 194 ribu pada sebelum ini, dan pasaran menjangkakan penambahan sebanyak 205 ribu. Walau bagaimanapun, PMI bukan pembuatan dilaporkan pada 55.7 mata yang lebih baik dari 54.5 mata pada sebelum ini dan jangkaan pasaran sebanyak 54.9 mata.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka bertambah dari 257 ribu kepada 261 ribu.  Pasaran Jepun masih bercuti hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat