USDJPY Analisa Fundamental Harian 5 Oct 2015

35

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-018

Dollar Yen yang merudum lebih 180 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 118.70, kembali memacu naik pada petang New York untuk menutup sekitar paras 119.90; setelah permintaan untuk Dollar mengatasi Yen apabila para pelabur menggunakan kejatuhan nilai tukaran USD/JPY untuk membeli Dollar, setelah keputusan NFP AS jauh meleset dari jangkaan.

Pada masa yang sama, di pasaran Jepun perbelanjaan isi rumah meningkat pada bulan Ogos untuk kali pertama dalam tempoh tiga bulan dan peluang pekerjaan meningkat kepada yang terbaik dalam lebih daripada dua dekad, yang boleh mencabar kebimbangan bahawa ekonomi Jepun telah jatuh ke dalam kemelesetan.

[adrotate group=”6″]

Peningkatan tahunan 2.9% dalam perbelanjaan isi rumah pada bulan Ogos adalah lebih daripada anggaran median bagi 0.4% peningkatan tahunan dan diikuti penurunan tahunan 0.2% pada bulan Julai apabila pengguna membeli lebih banyak kereta.  Selain dari itu, data kerajaan menunjukkan nisbah pekerjaan dan pemohon pula meningkat kepada 1.23 pada bulan Ogos, yang tertinggi sejak Januari 1992. Kadar pengangguran adalah 3.4% pada bulan Ogos, lebih sedikit daripada anggaran median sebanyak 3.3%.

Tinjauan berasingan daripada Bank of Japan menunjukkan jangkaan inflasi korporat lemah sedikit pada suku ketiga, yang boleh meningkatkan hujah bahawa bank pusat Jepun bakal melonggarkan dasar kewangan pada akhir bulan ini, apabila ia mengemas kini ramalan jangka panjang ekonomi.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat