USDJPY Analisa Fundamental Harian 6 Apr 2015

41

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-003

Dollar Yen menjunam lebih 115 pips Jumaat lalu, dari paras tertinggi sekitar 119.95 ke serendah 118.70, sebelum menutup pada sekitar 118.95; sekaligus meletakkan kadar tukaran USD|JPY di bawah pivot hari ini, sekitar 119.20, ketika artikel ini ditulis. Kejatuhan mendadak itu, terkesan dari laporan data NFP Amerika Syarikat yang keluar jauh meleset dari jangkaan, 126 ribu berbanding 264 ribu tambahan pekerja.

Majoriti pasaran yang bercuti Jumaat lalu sempena ‘Good Friday’, tidak dapat memberi reaksi dan hari ini, pasaran dijangka menilai semula jangkaan kenaikan “interest rate’ Amerika Syarikat selepas laporan data Non Farm Payroll yang mengecewakan.  Di pasaran Jepun, perdana menteri Shinzo Abe dalam satu kenyataan, menggesa syarikat-syarikat kecil dan sederhana menaikkan gaji pekerja, bagi membantu menjana aktiviti ekonomi melalui peningkatan perbelanjaan.

Hari ini Jepun bakal melaporkan “leading economic index” yang dijangka sedikit menyusut, dari 105.5 kepada 105.2 dan malam nanti, Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “non-manufacturing PMI” yang dijangka sedikit turun dari 56.9 kepada 56.5 Pasaran dijangka dalam dagangan berhati-hati.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat