USDJPY Analisa Fundamental Harian 9 Oct 2015

37

moshedfx-forex-malaysia-usdjpy-003

Dollar Yen berada dalam dagangan ‘sideway Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips dari paras tertinggi harian sekitar 120.10 ke serendah 119.60; setelah data pagi semalam menunjukkan bahawa Jepun mencatatkan lebihan akaun semasa sebanyak ¥1.653 bilion pada bulan Ogos, menurut Kementerian Kewangan Jepun. Ianya melebihi jangkaan ¥1.226 bilion selepas lebihan ¥1.808 bilion pada bulan Julai lalu.

Walau bagaimanapun secara keseluruhan, imbangan perdagangan hadir pada defisit sebanyak ¥326.1 bilion selepas kejatuhan ¥108.0 bilion pada bulan sebelumnya. Eksport tahunan menambah 3.6% kepada ¥5.857 trilion selepas naik 4.6% kepada ¥6.544 trilion pada bulan Julai. Import tahunan pula susut 4.9% kepada ¥6.184 trilion selepas jatuh 6.5% kepada ¥6.652 trilion sebulan sebelum itu. Akaun modal pula mencerminkan kekurangan sebanyak ¥10.1 bilion, menurut kementerian itu, manakala akaun kewangan menyaksikan lebihan sebanyak ¥1.938 trilion.

[adrotate group=”6″]

Ungkapan keyakinan Gabenor Bank of Japan Haruhiko Kuroda yang berulang kali terhadap prospek ekonomi Jepun, menawarkan sedikit sahaja harapan untuk penambahan rangsangan apabila BoJ bertemu lagi dalam masa tiga minggu. Mengekalkan kadar dan dasar dan tidak meningkatkan pengembangan kewangan, juga memberikan lebih banyak masa untuk pegawai BoJ menilai apa yang dirancang oleh rakan mereka di Federal Reserve AS.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat