Usulan China Ini Adalah Langkah Awal Untuk Kripto ‘Mendunia’!

1,756

China pada hari ini telah mencadangkan serangkaian peraturan global untuk matawang kripto bank pusat. Peraturan tersebut turut menjelaskan tentang bagaimana kripto dapat digunakan di seluruh dunia dengan pemantauan dan perkongsian maklumat.

Bank pusat global kini sedang berusaha mengembangkan mata wang digital bagi memodenkan sistem kewangan mereka namun dengan menghilangkan ancaman isu-isu yang ada dalam kripto dan mempercepatkan transaksi.

Mu Changchun, ketua pengarah institusi mata wang digital PBOC, mengemukakan cadangan baru itu dalam seminar Bank for International Settlement. Menurut beliau interoperabiliti harus diaktifkan antara sistem CBDC yang berbeza bidang kuasa dan pertukaran.

Tambah beliau, dalam masa yang sama, aliran maklumat dan dana harus diselaraskan agar memudahkan pengawal seliaan untuk memantau transaksi.

Bank Pusat China (PBOC) memiliki matlamat untuk menjadi bank pusat pertama yang mengeluarkan CBDC, mengantarabangsakan yuan dan mengurangkan ketergantungan pada sistem pembayaran yang didominasi A.S dolar.

CBDC yang mendapat penerimaan luas dalam perdagangan dan pembayaran antarabangsa didapati boleh mengugat A.S dolar sebagai matawang utama.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat