Varian ‘Omicron’ Kembali Meresahkan, Ini Yang Terjadi Pada Pasaran Mata Wang!

590

Pada pembukaan pasaran US, kebanyakkan matawang termasuk dolar Australia dan paun British menyusut berikutan kebarangkalian sekatan selanjutnya yang boleh dikenakan di Eropah bagi membendung varian Covid-19 Omicron.

Selepas pengumuman besar yang dibuat oleh bank pusat utama pada minggu lalu, para pemain pasaran mula mengalihkan tumpuan mereka pada perkembangan varian Omicron.

Negara Belanda telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengenakan sekatan bermula hari Ahad dan disisi lain, Itali pula sedang mempertimbangkan langkah yang sama.

Menurut penganalisis matawang MUFG, Lee Hardman, “sentimen risiko para pelabur telah terjejas berikutan terdapat bukti lanjut mengenai penularan dan kesan varian Omicron”. Lanjut beliau, “penutupan yang lebih ketat di Belanda akan meningkatkan kebimbangan bahawa langkah serupa akan diguna pakai di negara Eropah lain dalam beberapa minggu akan datang.”

Dolar Australia yang dilihat sebagai proksi selera risiko pelabur susut 0.2% kepada paras dagangan $0.7109. Manakala matawang GBP susut 0.2% kepada paras dagangan $1.32105 berbanding US dolar.

Menteri Kesihatan Britain, Sajid Javid pada hari Ahad membuat keyataan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan sekatan lebih lanjut sebelum Krismas.

Dalam masa yang sama, kemerosotan harga minyak juga menjejaskan mata wang berkaitan komoditi. Dimana matawang Sweden telah susut berbanding matawang euro dan US dolar.

Selain itu, pasaran juga terkesan dengan ketidakpastian terhadap rang undang-undang dasar domestik Presiden A.S. Joe Biden, yang dikenali sebagai “Build Back Better”. Goldman Sachs telah mengurang ramalan pertumbuhan ekonomi A.S dan memberi kesan kepada hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang jatuh kepada paras terendah 6 Disember pada hari Isnin.

Indeks US dolar yang mengukur matawang US dolar berbanding matawang utama susut 0.15% kepada paras dagangan 96.405.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat