Visa Ingin Integrasikan Bitcoin Dalam Perkhidmatan Mereka Tidak Lama Lagi!

654

Al Kelly, Ketua Pegawai Eksekutif Visa mengeluarkan kenyataan bahawa syarikat perkhidmatan kewangan mereka merancang untuk membolehkan pembelian Bitcoin melalui Visa. Pernyataan terbaru Kelly muncul selepas Mastercard mendedahkan rancangan kripto mereka pada bulan Februari.

Kelly mengatakan bahawa syarikat itu merancang untuk bekerjasama dengan Bitcoin wallet. Lanjut beliau, langkah pertama adalah membolehkan pembelian bitcoin dengan menampilkan kelayakan Visa dan kemundian mengintegrasikan dengan wallet bitcoin bagi membolehkan Bitcoin ditukar kepada matawang fiat dan dapat digunakan dimana-mana tempat yang menerima Visa.

Jelasnya, langkah yang diambil akan memudahkan lagi pengguna untuk membeli matawang kripto menggunakan kelayakan Visa atau membeli fiat dengan menukarkan kepada tunai dengan kelayakan Visa di mana-mana 70 juta perniagaan yang menyokong Visa.

Pada awal tahun ini syarikat pesaing Visa, Mastercard telah mengumumkan bahawa mereka merancang untuk menerima Bitcoin dan aset kripto lain pada tahun 2021. Tumpuan utama adalah pada perlindungan pengguna dan piawaian undang-undang.

Lonjakan dalam permintaan terhadap Bitcoin dalam kalangan pelabur runcit dan institusi telah mendorong firma kewangan berusaha menerima BTC sebagai kaedah pembayaran. CoinFlip yang merupakan salah satu syarikat pengeluar ATM Bitcoin tekemuka di A.S telah meluaskan rangkaian mereka dalam beberapa bulan terakhir ini.

Harga Bitcoin telah mencapai paras harga tertinggi sepanjang masa $61,000 pada hari Ahad lepas. Kini ia didagangkan pada paras harga $55,059.66

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat