VRA – Platform Esport Dan Video Masa Depan

550

Verasity adalah protokol dan platform untuk pelayar Esports dan Video Hiburan.

Secara signifikannya, misi Verasity adalah ingin meningkatkan sumber pendapatan iklan untuk penerbit atau pencipta content video di mana-mana platform video yang menggunakan lapisan protokol yang dibuat pada ‘blockchain’ itu – disebut Proof of View (POV).

RJ Mark merupakan pengasas kepada Verasity yang mempunyai pengalaman melebihi 20 tahun dalam menguruskan pengembangan dan pelancaran produk sehingga menjadi jenama terkenal.

Tidak ketinggalan juga, RJ Mark juga pakar dalam membuat perisian sejak 1996 dan juga telah menyediakan pelbagai platform untuk komputer, MAC, Android dan juga IOS.

Disebabkan itu, Verasity telah berjaya membuat lonjakan dan menghasilkan keuntungan melebihi 13,000% bermula pada pembukaan pasaran 2021 sehinggalah mencatatkan paras ketinggian sepanjang masa (ATH) pada pertengahan April pada paras harga sekitar $0.056.

Namun pada dagangan ketika penghujung April dan Mei dapat dilihat ia bukan bulan yang terbaik kepada VRA apabila telah kembali membuat penyusutan sehingga menguji paras sokongan $0.012.

Pada carta VRA/USDT, nampaknya pergerakan harga VRA masih tidak berjaya untuk meneruskan lonjakan yang lebih tinggi apabila sekadar menguji zon SBR (support become resistance) sekitar harga $0.025 dan kemudiannya kembali membuat penurunan.

Paras sokongan $0.012 bakal menjadi paras tumpuan para pelabur untuk diuji sekiranya harga VRA terus membuat penyusutan. Paras tersebut juga merupakan paras yang sentiasa menyokong semula untuk harga membuat kenaikan daripada jatuh lebih rendah.

Jika pergerakan harga terus melepasi paras sokongan $0.012 tersebut, tidak mustahil untuk harga VRA kembali menguji paras harga ketika pembukaan pasaran 2021 sekitar harga $0.001-$0.002.

Sebaliknya jika pergerakan harga VRA kembali disokong oleh sentimen yang positif, paras SBR $0.025 bakal diuji semula sebelum meneruskan pendakian harga yang lebih tinggi.

Untuk kenaikan harga yang lebih tinggi, zon SBR seterusnya sekitar harga $0.04 bakal diuji terlebih dahulu dan bakal memberi isyarat perubahan trend yang jelas kepada para pelabur.

Jika jangkaan itu tercapai, paras ATH $0.056 bakal diuji semula dan kemungkinan paras ATH terbaru akan tercipta.

‘Do Your Own Research’ sebelum melakukan pembelian dan pada waktu artikel ini ditulis coin Verasity boleh dibeli di platform Kucoin, OKEx, DigiFinex, Gate.io dan HitBTC.

Setakat jam 4.00 petang waktu tempatan, harga VRA telah menyusut melebihi 15% untuk didagangkan di atas paras harga $0.017.

Lihat gambar carta matawang kripto VRA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat