Vroommm! Mercedes-Benz Pecut Laju Masuk Metaverse & NFT!

307

Rasa-rasa NFT Mercedes ni boleh kalahkan Lamborghini punya tak?”

Syarikat gergasi Jerman Mercedes-Benz Group AG dilaporkan telah memfailkan 5 aplikasi tanda dagangan metaverse dan non-fungible token (NFT) melalui Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (AS) (USPTO).

Difahamkan bahawa 5 aplikasi tersebut adalah untuk Mercedes Benz, Mercedes, S-Class, G-Class, dan Maybach yang bakal melancarkan koleksi NFT pada masa hadapan dengan membenarkan mata wang kripto didagangkan.

Umumnya, rancangan untuk model “Maybach” dimaklumkan akan membuat koleksi kripto yang menampilkan koleksi digital mahupun fizikal bersandarkan bulu haiwan, selimut, permaidani dan tikar.

Sementara NFT model “S-Class” akan menyaksikan rakaman audio, fail imej, muzik dan fail multimedia yang merangkumi karya seni, teks, audio, imej termasuk video.

Terdahulu, Mercedes turut menguji pelaksanaan teknologi blockchain untuk memastikan dokumentasi kontrak sentiasa konsisten, namun kini syarikatnya berhasrat untuk wujudkan NFT yang dapat digunakan dalam dunia maya seperti metaverse.

Dalam pada itu, anak syarikat Mercedes Daimler Asia Tenggara berjaya membangunkan platform data-sharing berasaskan blockchain pada Polygon awal tahun ini yang membenarkan pengguna menukar data daripada maklumat insuran atau ujian klinikal kepada perniagaan lain.

Pada sisi berbeza, pasukan syarikat Formula One Racing, Mercedes-AMG Petronas yang memeterai perjanjian bersama exchanger kripto FTX sebelum ini telah bertindak mengeluarkan logo mereka daripada kereta lumbanya selepas memfailkan bankrap.

Malah, Mercedes-AMG Petronas dan FTX yang melancarkan koleksi NFT sendiri untuk Grand Prix Miami kini mencapai penghujungnya susulan tidak mempunyai sebarang nilai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat