VS Industry Komited Banteras Amalan Buruh Paksa

205

Isu amalan buruh semakin menjadi-jadi sehingga mencemarkan nama baik negara di mata dunia.

VS Industry Bhd komited untuk membanteras isu buruh paksa selepas mengadakan sesi berdialog bersama aktivis hak buruh, Andy Hall.

VS Industry menyatakan mereka akan melaksanakan audit pematuhan sosial pihak ketiga yang bebas menjelang Mac 2022 dan akan menempatkan semula pekerja asing yang diupah melalui program penentukuran semula ke dalam pengambilan pekerja langsung kumpulannya.

Sesi dialog dua hala yang diadakan oleh VS Industry dan Andy Hall tersebut menyaksikan kedua-dua pihak telah bersetuju dengan pelan tindakan dan garis masa kukuh bagi menangani isu pekerja asing.

VS Industry menjelaskan mereka akan mengatur segera penempatan pekerja di asrama yang sepatutnya dan mengekalkan polisi sifar bayaran pengambilan dimana yuran dan kos berkaitan pengambilan pekerja asing akan ditanggung sepenuhnya oleh mereka.

Pelan tindakan tersebut akan menyaksikan syarikat itu akan mengenal pasti pekerjanya yang terpaksa membayar yuran pengambilan atau kos berkaitan dari pihak luar, kemudiannya mereka akan memberi bayaran balik kepada pekerja itu dan menjalankan siasatan bagi menangani isu buruh seperti yang dibincangkan dengan Andy Hall.

Pengarah urusan VS Industry, Datuk SY Gan, menegaskan bahawa syarikat itu sedang melaksanakan pelan tindakan yang dinyatakan.

Dalam pada itu, Andy Hall menyifatkan tindakan VS Industry dalam melaksanakan pelan tindakan tersebut akan memberi hasil positif bagi pekerja asing.

Setakat tengah hari, saham VS Industry susut 7 sen atau 0.78% pada RM1.27 dengan permodalan pasaran RM4.86 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat