Vsolar ‘Mengganas’ Catat Lonjakan Jumlah Dagangan Berlipat Ganda

564

Vsolar Group Bhd memperoleh jumlah dagangan sehingga 17 kali ganda daripada purata 200 hari sekali gus tersenarai antara kaunter paling aktif pada semalam.

Ketika waktu penutupan pasaran pada Khamis, kaunter Vsolar catat kenaikan setengah sen kepada 1.5 sen dengan 880.4 juta saham diperdagangkan.

Hal itu juga bersamaan dengan 20.6% daripada modal saham yang diterbitkan sebanyak 4.266 bilion.

Perdagangan saham Vsolar telah menjadi hangat sejak 14 Julai tanpa sebarang faktor yang jelas di sebalik lonjakan jumlah dagangan itu.

Menurut laporan yang dikeluarkan, anak syarikat Fintec Asiabio Capital Sdn Bhd telah menjual 82.05 juta saham atau 1.9% saham Vsolar di pasaran terbuka.

Tidak lagi menjadi pemegang saham utama Vsolar, Fintec Global Bhd menjadi kaunter kedua paling banyak diperdagangkan pada semalam dengan jumlah dagangannya meningkat kepada 273.48 juta saham.

Fintec adalah antara syarikat yang menceburkan diri dalam pembuatan sarung tangan getah pada tahun lalu dan telah berhenti menjadi pemegang saham utama Saudee Group Bhd.

Dalam pada itu, Saudee merupakan kaunter ketiga yang paling banyak diperdagangan dengan jumlah dagangan sebanyak 156.7 juta saham pada semalam.

Selain kepentingan dalam Vsolar, Fintec juga dilihat telah menjual saham di beberapa syarikat awam termasuk 5.7% atau 33 juta saham dari Komarkcorp Bhd.

Penjualan saham tersebut mewakili 91% pegangan sahamnya di dalam syarikat itu dan saham Vsolar yang dijual mewakili 35% pemilikan saham dalam penyedia perkhimatan tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat