Wabak Koronavirus Beri Kesan Pada Ekonomi EU? Ini Ulasan Pegawai EU!

0 331

Wabak Koronavirus saban hari semakin membimbangkan. Pada hari ini sahaja wabak tersebut telah membunuh lebih daripada 1,000 orang  dan telah memberi impak terhadap ekonomi China. Pada minggu ini, firma-firma dan syarikat-syarikat perniagaan mula kembali menjalankan operasi setelah diarahkan tutup atas arahan pihak atasan. Kebanyakkan perniagaan mengatakan bahawa mereka berkemungkinan terpaksa membuat pinjaman sehingga berbillion dolar untuk bertahan.

Pada hari Selasa, dua pegawai Kesatuan Eropah telah memberi pandangan mengenai wabak koronavirus terhadap ekonomi Kesatuan Eropah. Penularan wabak koronavirus pada peringkat ini dijangka hanya memberi kesan yang kecil terhadap ekonomi Kesatuan Eropah.

Para penganalisis tersebut berpendapat bahawa wabak koronavirus ini akan mengurangkan pertumbuhan ekonomi China pada tahun ini sebanyak 1 peratus walaubagaimanapun impak ke atas ekonomi negara-negara EU tidak akan ketara.

Apa-apa kelembapan ekonomi yang diakibatkan penularan wabak pada peringkat ini dijangka akan hanya terhad pada China dan negara-negara Asia yang lain dan dapat membawa kemungkinan bahawa pertumbuhan global akan berkurangan sebagaimana menurut pegawai-pegaweai EU tersebut.

Walau bagaimanapun, sumber-sumber EU mengatakan penilaian mereka masih awal dan bersyarat atas keberkesanan langkah-langkah untuk menangani wabak tersebut.

Suruhanjaya Eropah akan melancarkan laporan ramalan suku tahunan untuk pertumbuhan blok pada tahun ini dan tahun seterusnya.

Anda mungkin juga berminat