Wah! Industri Halal Semakin Ke Hadapan!

467

Halal Street UK milik Malaysia hari ini melancarkan platform e-dagangnya, HalalExtra.com, untuk membolehkan produk halal Malaysia dijual di United Kingdom (UK) dan Eropah.

Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Halal Street UK, Simon Suresh berkata, platform perniagaan ke perniagaan (B2B) dapat membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia mencari pasaran baru di luar negara ketika penularan wabak pandemik Covid-19 masih meninggalkan impak yang besar terhadap sektor ekonomi.

Tambahnya lagi, industri halal telah berkembang di luar sektor makanan dan mencatatkan pertumbuhan yang besar dalam jumlah pengguna Muslim, serta terdapat peningkatan permintaan dari populasi non-Muslim, mendorong pasaran halal global semakin meluas.

Selain itu, e-marketplace turut akan mewujudkan rantaian bekalan ke UK dan negara-negara jirannya dan memenuhi permintaan lebih daripada 700 juta umat Islam di rantau ini.

Untuk pengetahuan semua, platform ini akan mempromosikan produk harian merangkumi makanan, kesihatan, kecantikan, makanan ringan, perasa dan rempah ratus,daging dan sebagainya. Hanya produk halal yang diperakui dan dipilih dengan teliti melalui proses yang ketat yang akan ditampilkan di laman web berkenaan.

Sementara itu, pasaran halal UK hari ini mencatatkan nilai sebanyak $ 4.5 bilion dolar dan kini merupakan pasaran e-dagang ketiga terbesar di dunia, selepas Amerika Syarikat dan China.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat