Wah! Inflasi Australia Sudah Turun, Ini Benar-benar Mengejutkan

287

Para penggubal dasar Reserve Bank of Australia (RBA) pasti menghela nafas lega selepas menyaksikan terbitan baharu data inflasi pada sesi Asia hari ini.

Indeks harga pengguna (CPI) tahunan Australia tanpa dijangka mencatat angka lebih perlahan pada bulan Oktober dengan kenaikan 6.9% daripada 7.3% yang dicatatkan pada September.

Bacaan yang dicatatkan juga jauh meleset daripada jangkaan untuk melonjak lebih tinggi pada 7.6% oleh pasaran.

Catatan ini secara tidak langsung mencetuskan tanggapan pasaran bahawa inflasi di Australia telah mencapai kemuncaknya.

Sungguhpun begitu, data terbaru yang dikeluarkan ini hanya merangkumi dua pertiga daripada data harga yang digunakan dalam CPI suku tahunan ABS.

Oleh yang demikian, terdapat risiko untuk angka inflasi yang lebih tinggi bagi keseluruhan suku Oktober-Disember.

Bank pusat Australia telah mula memperlahankan kenaikan kadar faedahnya dalam dua mesyuarat polisi terakhir dengan peningkatan sebanyak 25 mata asas.

RBA telah menaikkan kadar faedah sebanyak 275 mata asas ke paras tertinggi 9 tahun kepada 2.85% dalam usaha memerangi inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat