Wah! Potensi Matawang Kripto Dalam Kewangan Islam Adalah Cerah!

1,012

Menurut Datuk Mohd Daud Bakar, pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, potensi matawang kripto dalam kewangan Islam adalah cerah didorong oleh peralihan ekonomi ke arah digital sejajar dengan norma baharu yang dipraktikkan di seluruh negara.

Tambahnya lagi, matawang tersebut masih baharu dalam kewangan Islam tetapi berpotensi untuk mendatangkan keuntungan dalam sektor berkenaan.

Namun begitu, mereka juga berhadapan dengan krisis, tetapi dengan norma baharu, digital menjadi salah satu medium yang sangat dekat dengan orang ramai akibat daripada perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan.

Di samping itu, beliau menyatakan bahawa matawang kripto bukanlah satu teka-teki atau persepsi, tetapi ianya melibatkan konflik untuk memberikan kefahaman kepada orang ramai kerana matawang kripto adalah sesuatu yang baharu.

Walaupun seluruh dunia, termasuk Malaysia, melakukan transformasi digital dalam menjalankan perniagaan kerana penularan wabak pandemik Covid-19, matawang bukalah suatu perkara yang asing.

Matawang yang sedia ada, masih memerlukan keseluruhan ekosistem untuk memindahkannya dari satu pihak kepada pihak yang lain bahkan kadangkala memakan masa yang lama iaitu beberapa hari.

Oleh yang demikian, iainya dilihat tidak efisien. Hakikatnya, ekonomi digital telah berkembang dengan sangat baik dan menarik tetapi tiada penyelesaian yang melibatkan isu tersebut. Bahkan, ramai yang mempersoalkan tentang kemampuan matawang digital untuk mewujudkan sistem yang lebih berkesan.

Tambahan daripada itu, ianya bukanlah mengenai matawang baharu, mungkin para pemerintah dapat memperkenalkan matawang fiat mereka sendiri yang telah ditukarkan kepada digital atau lebih dikenali sebagai kripto, koin stabil yang disokong oleh kriptografi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat