‘Wake Up Call’ Untuk Penduduk Eropah!

1,374

Peningkatan mendadak bilangan kes Covid-19 di Eropah wajar diberi perhatian sepenuhnya, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut Pengarah Serantau WHO, Hans Kluge, bilangan kes baharu di Eropah telah meningkat dua kali ganda sejak dua minggu kebelakangan ini.

“Kita mempunyai masalah yang sangat serius ketika ini,” ujar Kluge. Beliau berkata demikian selepas angka mangsa yang dijangkiti mencecah 5 juta orang di Eropah.

Lebih daripada 228,000 orang disahkan meninggal dunia di Eropah sejak Covid-19 dilaporkan di China pada akhir tahun lalu.

Tambah Kluge, sebanyak 300,000 kes jangkitan baharu dilaporkan di seluruh Eropah pada minggu lalu sahaja dan kes mingguan telah melebihi jumlah yang dilaporkan pada Mac lalu.

Awal minggu ini, Kluge memberi amaran rakyat Eropah perlu bersiap sedia berdepan peningkatan bilangan kematian Covid-19 pada bulan hadapan dan November.

Perancis merekodkan 10,593 kes semalam, angka harian tertinggi dicatatkan di negara itu sejak pandemik berlaku. Menteri Kesihatan Perancis, Olivier Veran mengakui coronavirus mulai kembali aktif.

Bandar Lyon dan Nice diberikan tempoh sehingga esok untuk melaksanakan langkah terbaharu bagi menangani penularan wabak berkenaan.

Sepanyol, Republik Czech dan Belanda turut mencatatkan kes harian tertinggi semalam. Sepanyol merekodkan 239 kes kematian tertinggi sejak Jun lalu manakala Republik Czech melaporkan lebih 2,000 kes buat kali pertama. Belanda juga mencatatkan kes harian tertinggi dan kerajaan Belanda akan mengumumkan langkah pencegahan Covid-19 hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat