Wakil Amerika Secara Senyap Bertemu Dengan Kim Jong-Un

718

Pengarah agensi perisikan Amerika Syarikat (CIA) Mike Pompeo dilaporkan telah bertemu Kim Jong Un di Korea Utara baru-baru ini.

Kunjungan Pompeo ke wilayah itu dibuat pada hujung minggu Hari Esther sebagai wakil Presiden Trump. Dua sumber yang tahu tentang perkara ini mengatakan pertemuan tersebut adalah bagi merancang pertemuan kedua-dua pemimpin AS dan Korea Utara.

Mike Pompeo telah dicalonkan sebagai Setiausaha Luar (Menteri Luar AS) oleh Trump. Trump juga telah mencadangkan lima tempat yang berpotensi sebagai lokasi pertemuannya dengan Kim Jong Un.

Trump dan Jong-Un dijangka akan bertemu pada bulan Jun, kata Trump dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Rabu. Trump menjelaskan pertemuan dengan Kim dan pemimpin Korea Selatan adalah satu peluang besar untuk merundingkan perjanjian damai secara rasmi sejak peperangan Korea tercetus pada tahun 1950-an.

Korea Utara sebelum ini telah menyampaikan pesanan kepada AS buat pertama kali bahawa mereka telah bersedia untuk membincangkan isu untuk menghentikan program senjata nuklear di Semenanjung Korea.

Perkara itu dijangka akan dibincangkan dalam pertemuan dengan Presiden AS, Donald Trump dan hal itu disahkan sendiri oleh pihak White House.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat