Walaupun Analisis Teknikal Dah Power, Kenapa Trader Asyik Rugi? Ini Yang Tak Cukup!

4,557

Dah banyak teknik anda belajar, dah bermacam-macam cikgu yang anda jumpa, tapi tetap trading anda kelaut juga.

Kalau macam tu, apa guna bayar mahal belajar analisis teknikal yang power?

Ada beberapa faktor sebenarnya yang masih akan menghalang anda dapatkan profit yang konsisten walaupun analisis teknikal anda sudah di tahap yang baik.

1. Abaikan analisis fundamental

Analisis fundamental dan teknikal sebenarnya adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Anda tidak boleh mengabaikan salah satu daripadanya.

Analisis fundamental sangat penting untuk anda menentukan arah trend pergerakan harga dalam pasaran, dan untuk anda letakkan posisi dagangan di tempat yang terbaik, anda memerlukan analisis teknikal yang mantap.

2. Trade lawan trend

Bila anda tidak menggunakan analisis fundamental untuk tentukan trend, anda mungkin akan trade melawan trend.

Atau lebih parah lagi, anda sudah tahu arah trend, tapi tetap masuk posisi yang melawan trend sebab hanya berpandukan analisis teknikal semata-mata.

Apabila trade anda melawan trend market, ketahuilah anda sedang berdepan risiko yang sangat besar. Dan sangat besar juga kemungkinan untuk anda alami kerugian.

3. Keputusan berdasarkan emosi

Anda akan jadi seorang trader yang gagal jika hanya masuk dalam pasaran dengan teknik ‘rasa-rasa’. Dengan cara ini, keputusan trading anda adalah tidak rasional dan anda hanya membiarkan emosi yang kawal trading anda.

Bila rugi, mula nak balas dendam kononnya nak gandakan semula keuntungan selepas rugi tadi. Kesudahannya, semakin besar kerugian yang terpaksa ditanggung.

4. Overtrade

Kadang-kadang bila terlalu yakin dengan analisis teknikal, anda mula masuk posisi terlalu kerap, dan layer ‘kek lapis’ terlalu banyak hingga mudah mengundang akaun anda untuk lingkup.

Memang seronok bila tengok akaun tengah profit ‘membiru’, tapi bila harga tiba-tiba bergerak berlawanan arah, sekejap je ‘merah berdarah’ dan keuntungan anda boleh hilang sekelip mata.

H24H Familia

Jadi, di sini ada satu penyelesaian yang INTRADAY boleh syorkan kepada anda jika anda memang sedang berdepan masalah-masalah berikut.

Tuan Moshed Mohamad, CEO dan pengasas INTRADAY telah mengadakan satu program mentoring community, Hustle24Hour Familia yang telah berlangsung sejak September tahun lalu.

Program dengan tempoh keahlian satu tahun ini membuka peluang untuk ramai peserta yang mempunyai komitmen tinggi untuk belajar tentang trading dari asas sehingga ke tahap advance secara berfasa.

 

Jadi bukan sahaja anda boleh belajar asas teknikal, tapi boleh memahami analisis fundamental yang digunapakai oleh trader-trader profesional di luar sana.

Pendaftaran terbaru kini dibuka untuk kemasukan ahli familia di awal Mac sebelum pembelajaran diteruskan.

Jangan terlepas peluang untuk mulakan journey trading anda. Untuk info lanjut program dan pendaftaran, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat