Walaupun EUR/USD Mula Papar Kenaikan, Pelabur Kena ‘Alert’ Amaran Ini

231

Momentum pengukuhan US dolar sejak penghujung minggu lalu dibataskan oleh terbitan data pekerjaan ADP yang mengukur sektor swasta di Amerika Syarikat (AS) pada sesi New York semalam dengan bacaan yang suram.

Pelabur bakal berwaspada menjangkakan prestasi lemah US dolar sehingga ke penghujung minggu ekoran laporan pekerjaan NFP AS juga diramalkan mencatatkan pertambahan pekerjaan yang rendah untuk bulan Ogos.

Sedikit penyusutan US dolar telah memberi ruang untuk mata wang Euro meningkat semula untuk berada di atas paras pariti $1.0000.

Wakil bank pusat Eropah (ECB) turut memberi petunjuk hawkish untuk meneruskan pengetatan dasar monetari pada mesyuarat polisi seterusnya.

Namun, pelabur diberi amaran untuk pergerakan Euro ekoran sekatan bekalan tenaga melalui saluran paip Nord Stream 1 dari Rusia ke Eropah telah bermula pada Rabu semalam selama 3 hari, yang boleh menjejaskan dagangan mata wang Eropah itu.

Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat menunjukkan penurunan awal pada sesi Eropah semalam ke sekitar 0.99700 sebelum berjaya melonjak semula di sesi New York melepasi paras 1.0000 sehingga mencapai paras ketinggian harian sekitar 1.0080.

Menyambung dagangan di sesi Asia pagi Khamis, harga dilihat sedikit menurun dan menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta EUR/USD tersebut.

Sekiranya harga berjaya menyambung corak kenaikan, rintangan pada zon 1.01000 bakal diuji sekali lagi setelah dagangan minggu lalu gagal melepasinya.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan dilihat akan menguji pula paras-paras tumpuan selanjutnya seperti 1.01600 dan paras 1.02000.

Sebaliknya jika harga susut di bawah paras sokongan MA50 dan melepasi paras pariti 1.0000, pelabur akan bersedia untuk kejatuhan harga lebih parah selepas isyarat bearish tersebut.

Berkemungkinan paras sokongan harga minggu lalu sekitar 0.99000 akan diuji sebelum harga yang berjaya menembusinya akan catatkan paras terendah terbaru 20 tahun dengan sasaran menuju sekitar 0.98000 pula.

Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat