Walaupun NFP Meleset, Kenapa USD Tak Jatuh?

724

Pertumbuhan pekerjaan Amerika Syarikat tanpa dijangka lebih perlahan daripada dijangkakan pada bulan November, membuatkan pelabur tersentak dan melepaskan pegangan terhadap US dolar.

Pada bulan lalu, ekonomi AS menambah sebanyak 210,000 pekerjaan, turun dari 546,000 yang dicatatkan pada Oktober. Angka ini adalah jauh tersasar daripada jangkaaan pasaran untuk kenaikan 550,000.

Sementara kadar pengangguran pula menurun dengan ketara kepada 4.2% daripada 4.6% sebelumnya, iaitu paras terendah sejak pandemik Covid-19 itu bermula.

Susulan daripada penerbitan itu, US dolar segera membuat penurunan sebelum meningkat semula menjelang penghujung sesi New York setelah pelabur menilai data ini.

Pada sesi Asia, indeks dolar diniagakan stabil pada 96.25 berbanding kebanyakan matawang utama lain.

Reaksi US dolar tidak banyak berubah memandangkan sentimen pasaran masih lagi dihimpit oleh ketidakpastian mengenai varian coronavirus Omicron dan pelabur juga yakin bahawa Federal Reserve (Fed) akan mula mengetatkan polisinya dalam masa terdekat..

Meneliti pergerakan matawang sensitif risiko, dolar Aussie dan kiwi jatuh ketara susulan pengukuhan US dolar dan data ekonomi China yang lemah. Indeks PMI Komposit dan Perkhidmatan Caixin China merosot pada November, membawa petanda bahawa aktiviti ekonomi yang perlahan di negara itu.

Tumpuan kini dialihkan kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Australia (RBA) pada minggu ini, untuk melihat reaksi penggubal dasar atas kenyataan Federal Reserve (Fed) yang mula mengetatkan dasar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat