Walaupun Rusia Berjanji Untuk Berundur, Tapi Amerika Tak Percaya!

717

Rusia telah mengumumkan pengurangan dalam operasi ketenteraannya di dua kawasan utama Ukraine ketika kedua-dua negara bertemu untuk rundingan damai secara bersemuka di Turki pada Selasa.

Moscow memberitahu ia akan mengurangkan aktiviti ketenteraanya di sekitar ibu kota Kiev dan dan bandar utara Chernihiv.

Dakwaan Rusia diperakui oleh Amerika Syarikat, di mana Setiausaha Akhbar Pentagon John Kirby memberitahu bahawa tentera Moscow telah mula memindahkan beberapa tenteranya di Ukraine dari kawasan sekitar Kiev ke tempat lain.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa pergerakan tentera tidak bermakna mereka berundur memandangkan Rusia juga pernah berbuat demikian sebelum serangan ke atas Ukraine bermula pada 24 Februari.

AS juga tidak melihat ‘tanda kesungguhan sebenar’ dari Rusia dalam meneruskan rundingan damai, menurut Setiausaha Negara Antony Blinken yang menunjuk kepada serangan yang masih berterusan di Ukraine.

Sementara itu, Kakitangan Am Angkatan Tentera Ukraine juga percaya bahawa pengunduran itu bertujuan untuk mengelirukan kepimpinan tenteranya dan mewujudkan salah faham tentang penempatan mereka.

Semasa rundingan di Istanbul, Ukraine telah mencadangkan untuk menjadi negara berkecuali (neutral) yang tidak berpihak kepada mana-mana negara sebagai pertukaran kepada jaminan keselamatan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat