Walimatul Urus Pertama Metaverse, Pasangan Ini Berkahwin Di Decentraland!

3,389

Mungkin kahwin ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak cukup mengujakan, pasangan ini pilih untuk kahwin di dalam metaverse!

Pasangan pengantin – Ryan dan Candice Hurley telah melangsungkan perkahwinan mereka di metaverse, Decentraland pada 5 Februari ketika seluruh dunia bergolak dengan varian Omicron.

Difahamkan majlis perkahwinan itu merupakan yang pertama diraikan di Decentraland.

Pasangan tersebut diraikan dengan 2,000 tetamu, bersama seorang saksi berpangkat, pegawai mahkamah agung, Clint Bolick.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga melantik Rose Law Group untuk merasmikan perkahwinan tersebut secara sah.

Untuk pengetahuan, majlis diadakan di plot Rose Law Group di Decentraland. Syarikat itu telah pun membangunkan rangka kerja meta-perkahwinan dengan menggabungkan ‘Perjanjian Pra-Perkahwinan Mata’ yang akan mengesahkan identiti maya dan aset digital pasangan tersebut untuk direkodkan di blockchain.

Adakah perkahwinan itu sah?

Menurut syarikat tersebut, buat masa sekarang masih belum ada rangka kerja yang sah untuk berkahwin di metaverse.

Malah sebenarnya, kebanyakan negeri di Amerika Syarikat (AS) belum lagi membenarkan mana-mana pasangan untuk dikahwinkan secara maya atau dilaksanakan ketika pasangan berada di tempat yang berbeza.

Tetapi Rose mendakwa, penyatuan pasangan yang sah adalah bergantung kepada kontrak.

Di tempat lain – India, pasangan daripada Tamil Nadu: Dinesh SP dan Janaganandhini Ramaswamy telah melaksanakan resepsi perkahwinan bertemakan Hogwarts di metaverse yang dibangunkan oleh TardiVerse pada 6 Februari.

Majlis tersebut turut didatangi dengan koleksi non-fungible token (NFT) edisi khas: Harry Potter dan cyberpunk yang dilancarkan oleh GuardianLink.

Di sini kahwin, di sana kahwin, semua orang KAHWIN \(٥⁀▽⁀ )/

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat